Thursday, January 1, 2009
Pelayanan di SIB Pekan Tambunan
25hb Disember 2008: GAP.S mengikuti pelayanan Pastor Charles serta rombongan ke SIB Pekan Tambunan dan turut serta dalam pelayanan Pujian dan Penyembahan pada malam 25hb Disember 2008.
Rombongan bertolak dari Putatan pada jam 6.30 pagi dan sampai ke destinasi dengan selamat kerana sepanjang perjalanan diiringi dengan doa dan kasih Tuhan. Rombongan di sambut dengan sarapan pagi yang begitu enak beserta dengan hidangan kopi yang “KAW KAW” juga turut tidak dapat dilupakan.
Tempat penginapan juga turut disediakan iaitu di TVRC. Segala kemudahan serta kelengkapan adalah begitu lengkap dan selesa. Rombongan amat diberkati dengan segala persiapan yang telah disediakan untuk menyambut kedatangan rombongan untuk melayani di SIB Pekan Tambunan. Segala kemuliaan hanyalah untuk Tuhan Yesus Kristus.
Respon daripada jemaat pada kebaktian malam yang dikendalikan sepenuhnya oleh rombongan Pastor Charles serta Pujian dan Penyembahan daripada GAP.S adalah begitu baik sekali dan amat memberkati jemaat di SIB Tambunan.

Wednesday, November 19, 2008
Gaps Band akan melayani di SIB Tuntumulud Keningau
Putatan, SIB PMC. Gaps Band akan melayani di SIB Tuntumulud, Keningau pada 29 dan 30 November 2008 ini bersama dengan Pastor Charles. Doakan untuk perjalanan ke destinasi tersebut agar baik-baik sahaja serta kenderaan yang dipakai pada waktu tersebut akan dijaga dengan baik dan cuaca pada hari tersebut juga amat baik. Dan yang terutama, khotbah yang disampaikan oleh Pastor Charles juga akan memberkati para pendengar Firman Tuhan dan setiap perkongsian juga akan dapat disampaikan dengan baik pada waktu tersebut. Ahli-ahli dalam Gaps Band yang dapat menghadiri pelayanan tersebut ialah Sanjay, Steven, Jordean, Simon dan Jeremy. Christel tidak dapat turut serta disebabkan aktiviti kolej. Dengan itu, Elijah Rhema Boilil akan menggantikan tempat Christel untuk sementara waktu.

JEROME(DRUM)
SIMON(DRUM), CHRISTEL(KEYBOARD), SANJAY(GUITAR + MC), JORDEAN(BASS), JEREMY(LEAD GUITAR), STEVEN(LEAD GUITAR + MC)