<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/264580673669450101?origin\x3dhttp://cgeneration.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, January 1, 2009

SIB Long Tengoa : Jerry & Noritha

31hb Disember 2008: GAP.S turut terlibat dalam pengendalian muzik sempena perkahwinan diantara Jerry J. Divon dengan Noritha Arun yang berlangsung pada hari yang berbahagia ini. Pengendalian muzik adalah begitu baik sekali dan sangat-sangat memberkati sehingga mendapat komen-komen yang membangun yang mengatakan pemuzik-pemuzik GAP.S dibarisi oleh golongan yang Profesional dan cara pengendalian adalah begitu Tegas serta tersusun. Segalanya berkat daripada pimpinan dan tunjuk ajar daripada pemimpin GAP.S..well,ALL THE BEST GAP.S..GIVE ALL GLORY TO GOD!!! GAP.S mengucapkan TAHNIAH kepada JERRY dan NORITHA dalam mengharungi kehidupan sebagai Suami Isteri kelak.

Pelayanan di SIB Pekan Tambunan

25hb Disember 2008: GAP.S mengikuti pelayanan Pastor Charles serta rombongan ke SIB Pekan Tambunan dan turut serta dalam pelayanan Pujian dan Penyembahan pada malam 25hb Disember 2008.
Rombongan bertolak dari Putatan pada jam 6.30 pagi dan sampai ke destinasi dengan selamat kerana sepanjang perjalanan diiringi dengan doa dan kasih Tuhan. Rombongan di sambut dengan sarapan pagi yang begitu enak beserta dengan hidangan kopi yang “KAW KAW” juga turut tidak dapat dilupakan.
Tempat penginapan juga turut disediakan iaitu di TVRC. Segala kemudahan serta kelengkapan adalah begitu lengkap dan selesa. Rombongan amat diberkati dengan segala persiapan yang telah disediakan untuk menyambut kedatangan rombongan untuk melayani di SIB Pekan Tambunan. Segala kemuliaan hanyalah untuk Tuhan Yesus Kristus.
Respon daripada jemaat pada kebaktian malam yang dikendalikan sepenuhnya oleh rombongan Pastor Charles serta Pujian dan Penyembahan daripada GAP.S adalah begitu baik sekali dan amat memberkati jemaat di SIB Tambunan.